assalamualaikum readers..! welcome to my ♥ Diaries Keyboard ♥ .. siapa yang tak suka,, boleh cepat-cepat pergi dari page ini ok.. siapa yang singgah and nak baca post ini,, terima kasih diucapkan.. actually,, blog nie macam diaries harian aku laa.. juz tak private n semua orang boleh baca.. to you all's,, enjoy read my blog..

Tuesday, May 22, 2012

10 'K' Dalam Persahabatan (1)



Assalamualaikum.. :)

Kata orang 'mencari seorang sahabat yang baik lebih sukar daripada mencari 1000 orang musuh'.Sememangnya kenyataan ini benar kerana seorang sahabat yang baik akan sentiasa melindungi dan menjaga keharmonian sahabatnya dalam apa jua perkara,malah ada yang sanggup bergadai nyawa untuk sahabat.
Bagaimanakah kamu ingin memilih sahabat baik daripada kesemua sahabat yang kamu ada? Ayuh ketahui ciri-ciri memilih dan membina jalinan persahabatan yang murni!
KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh sekiranya tidak wujud kecintaan di antara dua orang insan yang disandarkan kepada Allah SWT.Oleh itu,kita perlulah meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkapkan ‘uhibbuka’ atau ‘i fi llah’ (bagi sahabat yang sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka kerana Allah.

KASIH SAYANG
lebih kurang sama maksudnya dengan kecintaan.Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlulah mencurahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Ada ketikanya kasih sayang kamu itu tidak perlu dipamerkan secara terang-terangan.Cukup sekiranya kamu menunjukkan kasih sayang itu dengan mendoakan perkara-perkara yang baik untuk sahabat kamu.


to Anis Nadia,, Siti Aishah,, Fatin Maisarah n Siti Nur Farhana,, thank you for existing MY FRIEND.. :)



Oleh: EDITORIAL REMAJA
Tarikh: 17 Februari 2012

No comments:

Post a Comment