assalamualaikum readers..! welcome to my ♥ Diaries Keyboard ♥ .. siapa yang tak suka,, boleh cepat-cepat pergi dari page ini ok.. siapa yang singgah and nak baca post ini,, terima kasih diucapkan.. actually,, blog nie macam diaries harian aku laa.. juz tak private n semua orang boleh baca.. to you all's,, enjoy read my blog..

Wednesday, June 6, 2012

10 'K' Dalam Persahabatan (3)

Assalamualaikum Readers !!

Apa khabar readers aku arini?? da lme aku x update blog ni.. msti korang sume t'tunggu2 my next post an.. (t'tunggu laa cgt) *tgn d bahu mata pndang ats* ok,, aku da strt merapu.. blog ni x de kaitan dgn yg idop mahu pun yg telah mniggal dunia.. ok,, merapu lagi.. abaikan.. :)

mcm yg di ats,, my next post berkenaan 10 'K' dlm persahabatan series 3.. smbung2 an.. bnyk sbenar nyer.. tp mlz nk taip bnyk2.. now,, aku kci korang another 6 'K' dlm persahabatan.. *terlebih rajin*
read this::



nmpk x gelongsor kt atas ni.. nmpk mmg seronok.. tp,, x semua yg berani nk lalui nyer rite?? cm 2 jgk dlm persahabatan.. kita kne ad keberanian yg cukup.. ap yg d mksud kan dgn keberanian dlm persahabatan?? read::
KEBERANIAN dalam berkata benar.Dalam sesebuah persahabatan, kamu hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat kamu itu, apatah lagi tentang perkara-perkara
yang boleh menyakiti hatinya.Kamu hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah kamu lakukan. Kamu juga haruslah beranimenasihati dan saling menegur sahabat kamu itu.
KEJUJURAN perlu dalam sesebuah persahabatan.Kamu jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kamu itu.Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan antara kamu berdua. Kamu hanya boleh berahsia pada perkara-perkara yang kamu rasa perlu dirahsiakan daripadanya sahaja.



KEMAAFAN merupakan perkara yang perlu ada dalam etika bersahabat.Sekiranya sahabat kamu melakukan kesilapan, kamu hendaklah bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu besar ataupun kecil terhadap kamu.Sahabat yang baik ialah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya,begitulah sebaliknya.
KESEDIHAN yang dihadapi oleh sahabat kamu haruslah dikongsi bersama.Apabila kamu mengetahui sahabat kamu itu berada dalam keadaan yang berdukacita,kamu sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada di sisinya. Kehadiran kamu itu sekurang-kurangnya dapat meringankan kesedihan yang ditanggungnya dan dalam masa yang sama ia boleh meringankan bebanan yang dipikulnya itu.



KEGEMBIRAAN yang hadir dalam diri sahabat kamu itu, memberi makna yang kamu juga rasa gembira.Pasti kamu rasa senang apabila melihat sahabat kamu bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yang indah pada raut wajah mereka.
KESERASIAN merujuk pada kesamaan mahupun ‘sekepala’ dalam apa jua yang kamu dan sahabat lakukan bersama.Dengan wujudnya keserasian ini, aktiviti yang kamu lakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan lancar.Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara kamu dan sahabat.


p/s:: Sahabat ketawa mudah di cari, tapi sahabat menangis belumtentu ada.. hargai sahabat anda sebagaimana sahabat anda menghargai anda.. SAHABAT,, untuk selama nya.. TERIMA KASIH kerana sudi menjadi sahabat susah dan senang aku.. FRIEND FOREVER!!

No comments:

Post a Comment